About us

INSTITUT LATIHAN MEMANDU SEPAKAT MALAYSIA BHD. (TAIPING)

GENERASI PEMANDU KE ALAF BARU...KENAPA TIDAK ANDA??

INSTITUT LATIHAN MEMANDU SEPAKAT MALAYSIA Bhd. (TAIPING)   

       Institut Latihan Memandu Sepakat ini terletak berhampiran dengan kawasan pelancongan Bukit Larut, Zoo Taiping dan Taman Tasik Taiping. Institut ini ditubuhkan pada 22hb November 1987. Menurut kelulusan pendaftaran syarikat no rujukan permit Institut Latihan Memandu Sepakat Malaysia Berhad adalah A/PSM/0196, sebelum tertubuhnya institut ini,ia dikenali sebagai nama Syarikat Sepakat Sekolah Memandu Malaysia Berhad. Pada 11hb Jun 2004 baru lah ditukar nama kepada Institut Latihan Memandu Sepakat Malaysia Berhad.

      Penubuhan asalnya telah telah diperbadankan dibawah Akta Syarikat 1965, di bawah Seksyen 22 (1) pada tarikh 24hb Januari 1987. Menteri Perdagangan Dan Perindustrian Malaysia, pada masa itu iaitu Tengku Razaleigh Hamzah telah bersetuju dan di sokong oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada masa itu, iaitu Haji Mohd Khalil Bin Haji Mohd Noor bahawa sebuah syarikat menggunakan perkataan INSTITUT iaitu Institut Latihan Memandu Sepakat Malaysia Berhad ,dan ia adalah sebuah syarikat awam yang ditubuhkan oleh pemegang-pemegang saham dan kebanykannya adalah daripada pengusaha-pengusaha Sekolah Memandu.

  

LATAR BELAKANG


Institut Latihan Memandu Sepakat Malaysia Berhad adalah cabang perniagaan dari Persekutuan Pengajar-Pengajar Memandu dari Malaysia,dimana keseluruhan ahli-ahli persatuan telah bersetuju untuk menubuhkan Institut Latihan Memandu Sepakat Malaysia Berhad.

Tujuan utama penubuhan institut adalah seperti berikut :

a)        Menjadikan pengajaran memandu salahsatu daripada Iktisas (To Regard Driving Instruction As                           A Profession)

b)        Meningkatkan taraf pengajaran memandu di negara ini.

c)        Melatih pelajar-pelajar memandu dengan mahir,bertanggungjawab dan bersopan-santun.

d)       Mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.

MATLAMAT


I.    Memberikan sepenuh perhatian kepada pelajar-pelajar ketika mengendalikan kursus-kursus dengan pengetahuan undang-undang lalulintas dan kemahiran memandu,punca-punca terjadinya kemalangan serta lain-lain lagi.

ii.  Menyediakan struktur fizikal, seperti litar, bilik kuliah yang selesa dan sesuai bagi keperluan harian pelatih-pelatih (pelajar-pelajar) agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sebelum dibenarkan mengguna jalan raya yang sebenarnya.

iii.  Memastikan supaya pelatih-pelatih dapat menerima latihan yang secukupnya sejajar dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Perlesenan Institut Memandu sebelum ini.Supaya pelatih-pelatih ini dapat berpegang teguh kepada peraturan-peraturan lalulintas serta dapat mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.

iv.  Menyokong penuh dasar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenai Strategi Keselamatan bagi masa-masa hadapan,serta proaktif ke arah pembangunan dan pemodenan Industri,selarah dengan kehendak dan polisi kerajaan Malaysia.

v.  Kemudahan pembelajaran, menyediakan penggunaan peralatan pengajar visual moden seperti LCD Projector. Mewujudkan modul-modul latihan yang bertaraf "World Class".

vi.  Memastikan bahawa setiap jurulatih mendapat latihan yang secukupnya (SM 2) sebelum menjalankan tugas pengajaran mereka.

KEMUDAHAN ASAS


Buat masa sekarang komplek Institut Latihan Memandu Sepakat Malaysia Berhad bertaraf sementara.Untuk membina bangunan kekal masih dalam pembinaan. Walaubagaimanapun,keseluruhan kemudahan asas telah pun di sediakan dan digunakan seperti :

  1. Litar latihan memandu untuk semua kelas kenderaan seperti kelas D (kereta), B,B2 (motosikal), E (Lori) serta litar untuk kelas kenderaan berat (PSV dan GDL).
  2. Pejabat pentadbiran seperti Kaunter Pendaftaran calon, bilik tempahan ataupun Latihan Komputer dan lain-lain.
  3. Dewan-dewan ceramah untuk KPP, Teori Kereta dan Motosikal, GDL, PSV dan Konduktor.
  4. Tempat menunggu untuk calon-calon yang mengambil ujian.
  5. Kantin
  6. Surau
  7. Tandas Awam
  8. Lampu isyarat untuk laluan latihan dan ujian.
  9. Pengangkutan untuk pergi dan balik.

3680-3682,JALAN TAMAN SENTOSA,TAIPING,34000 TAIPING,PERAK
Powered by Webnode Cookies
Create your website for free! This website was made with Webnode. Create your own for free today! Get started